Keputusan Pilihanraya 2008

pilihanraya.jpg

The above result taken from SPR website this morning. The final result was for 219 seats whereas the final should be 222. I dont know what happen to the rest of the seats.Maybe SPR don’t really care anymore because their favorite didn’t win much as planned….hehe..

I vote for N26 DUN Bangi and for P102 Serdang, until now I am not sure what is the result, will check soon but based on the result that we have for other seats, I know that my candidate has a better chance…oppss vote is secret

The states of Penang, Kedah,Perak and Selangor has now falls to the hand of opposition. I have been waiting for this since 1999 when I was denied to vote due to stupid SPR rules.

Anyway, few of the candidates that got my attention so far :

  • Datin Seri Wan Azizah vs Dato firdaus : Dato Firdaus, elok2 jadi imam besar masjid negara hang gatai nak masuk politik buat apa ?
  • Khairi Jamaludin vs Cikgu Bad in Rembau : NS always a safe place for BN, but Cikgu Bad got big number of votes also. Hope this KJ will not be a ministry
  • Samy Vellu : good bye uncle
  • Nur Izzah vs Shahrizat : She same age with me, pretty and intelligence..congrats
  • The blogger Jeff Oii : Good for you, the power of blog
  • Tuan Guru Nik Aziz : Syukur, tuan menang…
  • Tan Sri Khalid of PKR : We know that you can do it..both seats you won
  • Zainuddin Maidin : ha ha you lost,good for you. you think you control TV you can win, enough is enough

Since now 5 states under the opposition,I am eager to know who will be the MB especially for Selangor and Perak. The rest clear cut, Penang for DAP,Kedah and Kelantan for PAS.
Anyway if want to have good analysis for this election go for channel 501 and 502 ASTRO. Dont you ever go to TV1, TV2 or even TV3. Their report only in favour of BN eventhough BN fails…… try it for the nexy few days.

Popularity: 8% [?]

Incoming search terms:

92 thoughts on “Keputusan Pilihanraya 2008

  1. helo : Betul tu statement kau pasal media kita, tapi tak semua mcm tu cuma yg haprak jer.

    Tapi bila cerita ketidak adilan media, geng pemerintah pejam sebelah mata jer, mcm tak nampak.

    Anyway, aku suka tgk liputan keputusan pilihanraya dkt ASTRO #501, lebih banyak bagus dari liputan TV1, TV3 etc…

  2. Wahai semua,
    Perincikan keputusan PRU12, di sebalik kemenangan besar BA itu impak sebenarnya orang Melayu telah kehilangan kuasa di 4 buah negeri, termasuk WP KL. Walaupun Perak dapat MB Melayu, tetapi 21 daripada 31 ADUN kerajaan baru (PKR, PAS & DAP) adalah bukan Melayu. Selangor pun mungkin dapat MB Melayu, tetapi 21 daripada 36 ADUN kerajaan baru (PKR, DAP & PAS) adalah bukan Melayu. Pulau Pinang lagi parah, hanya 3 ADUN Melayu daripada 29 ADUN kerajaan (DAP & PKR – PAS tidak diambil kira langsung oleh DAP). WP pula hanya ada 3 ahli Parlimen Melayu (PAS & PKR) 7 lagi bukan Melayu. Memang benar BN patut sedar kesilapannya, tetapi siapa yang harus membayar harga kehilangan kuasa Melayu ini? Tentunya orang-orang yang sedang ‘bergembira’ dengan keputusan PRU kali ini. Cuba telitikan perkara ini wahai para sahabat.

  3. aku tgk liputan tv3 mase keputusn pilihnraye aritu..buat pertama kalinye aku tgk ahli panel begitu lntng dan sesekali mengkritik kempipnn pak lah..bnyak dari ahli panel menyalhkn kegagaln jentera bn dan kelemah kempipinn paklah sebgai punce kekalh besar BN…pengacara yg mewancara ahli panel pn kkadng terkedu dan x sempt nk cover dgn komen pedas beberapa ahli panel..hu3 media arus perdana sehrsnye berubh dgn bersikap lebh krtikal trhadap kerajaan…x pyhla puji melangit goverment krna rakyt tahu kebnrnye….ape yg baik harus d tonjolkn tp yg burk usahlh di sembnyikan…inilh akibt apbile rntihn rakyt tidak di pedulikn….khairy jamludin sekrng ni mesti tgh panas…kemengn besar najib dan kejayaan mukhriz dapt parlimen jelun mmg bknlh satu yg diinginkn menntu Pak lah tu…hrpn khairy untk meliht calon die mng hncr berkecai apila ramai org2 die kalh seblknye kelompok yg pro mahthir pulk menang besar di seblk kejtuhn Bn kali ni, aku dgr sekrg ade paktn tertentu dalm umno nk menyingkirkn ters pengarh menntu pak lah tu….keklhn Bn juge disebbkn die…Mukriz diramal xkn membiarkn khairy bermahjarela dalm pemuda umno…kemenagnye di kubu kuat pas tlh membuktikn pengrh bapaknye dn die masih kuat lg….kalo perasn Bn meng besar di pahang terbalik dgn keklhn di negeri2 lain terutam negeri paklah…ini macm isyrt halus yg ditujkn ahli Bn kepada kempipinn Pak lah yg mereka juge inginkn angin perubhn dalm kempipinn parti….

  4. Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Seronok tengok kamu semua ambik berat tentang politik di sini. Aku cuma hendak memberi pendapat disini berdasarkan analisa aku. Banyak juga pendapat aku bersetuju. Yang pening sekarang adalah perlu membaiki mana yang telah rosak betul tak.

    Pada pendapat aku, Pak Lah dan orang2 yang menasihatkannya dan orang2 yang sealiran dengan melakukan satu masalah besar iaitu cuba menidakkan apa yang orang cuba sampaikan.Mungkin juga Pak Lah diberi nasihat yang salah dan menerima bulat2 apa yang dinasihatkan. Sebenarnya orang bercakap sudah lama ketakpuasan hati rakyat. Sampai orang luahkan di kedai2 kopi. Tetapi tidak ada tindakan. Kerajaan masih cuba menegakkan apa yang dibuat adalah betul.Tetapi tidak boleh menyakinkan rakyat.

    Kedua, pandangan TUN ditolak sama sekali. Cara jawapan diberikan adalah mengguris hati kedua2 pihak. Pak Lah mungkin masih cool, tetapi menteri2 dia yang lebih2.Sebagai orang yang lama, berpengalaman, sudah terbukti kebijaksanaan dan kejayaan kenapa perlu melompat bila teguran diberikan dengan ikhlas. Dibalas dengan cacian. Saya percaya Tun tidak ada kepentingan dlm politik dah sekarang. Dia cuma mahu melihat bangsanya maju, tidak dipijak.Abillah nasihat beliau secara terbuka dan kaji.
    Maungkin cara TUN tidak berapa kita senangi, tp anggaplah sebagai bapa menasihati anak. Bukankan menteri2 skrg pon anak didik beliau?.Pada pendapat aku, kebanyakkan orang yg tidak mengundi dan undi rosak adalah org yang atas pagar yang bersetuju dengan TUN.Bukan kerana tambahan bilangan pembangkang, kecuali undi cina yang mmg berpaling.

    Isu kekalahan BN adalah isu Pak Lah dan menantunya, betultak. Sapa setuju/tak setuju. Boleh buat poll i rasa.Bila hati orang tak suka bini pon boleh cerai. ini cuba dinafikan.

    Disini aku cuba memberi jalan penyelesaian. Harap2 org yang berkenaan boleh pertimbangkan. Klu baik terima.Berikut adalah pilihan

    1. PakLah letak jawatan dan serah pada Najib. Tetapi adakah ini akan membaiki ?. Kena kaji

    2. Kalau Pak lah tak nak berhenti pon, ok. Tetapi plg penting, ambilah TUN sebagai penasihat. Ketepikan ego dan sengketa demi kepentingan apa yg anda perjuangkan.Sekarang adalah masa bkn ego yang penting.

  5. Salam, Cuba kita renung & fikir-fikirkan, bila waktu pru ramailah orang yang tampal poster siapa yg tapal kita org melayu sedangkan dalam BN ada parti UMNO, MIC & MCA tapi yg keluar buat kerja org UMNO mana pergi org MIC & MCA. kamu tahu apa mereka buat TIDOR … betul tak, cuba fikir-fikirkan. Kalau ini pun kita tak sedar dan tak perasaan apalagi perkara yang terang dan jelas…maka bisikkan didalam hati adakah aku melayu tulen. TK.

  6. Badan Bebas akan siasat sebab BN kalah teruk…Yang patut di salahkan Pak Lah, bukan post mortem pada lain-lain komponen BN. Jangan Kata apa juga keputusan atau dasar kerajaan di buat oleh kabinet sebulat suara. Yang buat paklah sorang yang lain banyak tak setuju, tapi biasalah menteri-menteri kita semua depan boss okey jer.Jadi Pak Lah tolong mengaku kesilaapan sendiri. Ni badan bebas bagi maklumat sebab kekalahan BN. 1) harga minyak & tol, sebab tu kawasan bandar semua dok tolak BN. 2) Khairy JJJ, telalu kurang ajar berckp, telalu menonjol dari ketua dia hishamuddin, rebut jawatan dlm FAM. pergi siasat rata-rata org dalam UMNO sendiri dok mengutuk dia. Silap besar paklah lantik Khairy calon MP. 3) Scomi Group, Mula pak lah naik org dah tau anak orang yg 37 kaya dalam malaysia. orang dok ambil tahu, ooooo bos scomi group. Lepas tu tak habis-habis scomi je dapat busines petronas dan luar negara. Tolong pak lah ubah perangai (bertaubat) untuk memastikan UMNO terus hidup…..Yang menyokong PKR tu semua buta. Memperjuangkan hak individu., masa anwar TPM lagi teruk dibuatnya. kajilah sendiri. Ni satu yang selalu aku dengar dari mulut org cina. Haiyaaa ini dollah mahu kasi melayu mati wooo itu mahatit haa semua melayu dia mau kasi kaya, kita cina pun talak rasa susah ini macam balang naik…. mintak MAAF semua. Hidup Ku Dengan UMNO…aku tetap pangkah BN PRU12. Berjuang dalam UMNO untuk menegak keadilan, tegur ketua kalau dia buat silap jangan dok cerita belakang dan yess bos jer. ALLAHHUAKHBAR

  7. Perubahan itu adalah HIJRAH. 
    Nampaknya rakyat Melayu terlalu takut dengan DAP. Saya nak tanya apa yang DAP telah buat pada orang Melayu. Tahu kah saudara2 ku orang Melayu, Gerakan dah berpuluh tahun dalam BN. Cuba tengok nasib Melayu Pulau Pinang. Daif sangan, ada kampung hilang, ada tanah hilang, ada rumah hilang…. Melayu Pulau Pinang makin hilang, ramai dah pindah ke Sungai Petani dan Kulim dan ramai ke Parit Buntar. Kenapa takut DAP, padahan Gerakan dan lama perintah P.Pinang. BN perlu bertanggungjawab dengan nasib Melayu P. Pinang.  DAP di perak menangpun bukan ambil kerusi orang Melayu dia ambik kerusi Cina juga, begitu gak dengan PKR dia ambik kerusi MIC.  Kerusi UMNO mungkin  PAS ambik. itu aje. Apa pun mereka ini semua pemimpin yang berkelibar dan profesional. Keputusan dah ada, rakyat mesti terima keputusan tersebut. Tak guna memekik, melolong macam orang gila, tak guna.  Tahniah Pak Lah, Tahniah Tn Guru Hj Hadi, Tahniah Lim Kit Siang, Tahniah Saudar Anuar (Azizah). Jadilah pemimpin yang beramanah untuk membangunkan Malaysia.

  8. Rakyat Malaysia harus menuntut kebebesan Media arus perdana seperti akhbar, TV dan radia, supaya menyiarkan berita untuk semua tanpa mengira politik. Semua kegiatan kerajaan negeri harus disiarkan samarata tak kira diperintah oleh BN, DAP, PAS atau PKR. Ingat semua media adalah hak rakyat, rakyat membayar apabila membeli akhbar, rakyat membayar apabila melanggan Astro, rakyat juga menanggong kos iklan yang menyara TV3 dan TV RTM. Kembalikan semua hak ini kepada rakyat.  Jangan jadi macam rakyat Kelantan yanmg teriniaya selama melebihi 10 tahun lepas kerana memilih PAS sebagai kerajaan mereka. Padahal setiap hari mereka mengeluarkan wang untuk menyara media arus perdana, tetapi mereka tidak mendapat liputan adil terhadap kerajaan yang mereka pilih. Mulai sekarang kerajaan Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan harus menuntut kebebasan Media. TUNTUT KEBEBASAN MEDIA kerana MEDIA HAK RAKYAT BUKAN HAK BN,

  9. Pak Lah harus bertanggungjawab keatas kekalahan besar dan memalukan dangan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri..

  10. KENAPA BOLEH JADI CAM SKRG NI? APA DAH JADI KAT NEGARA KITA NI…. BAWA2 LA BERTAUBAT.. SEPATUTNYA, ORG MELAYU BERSATU. BUKAN BERGADUH SESAMA SENDIRI. BANGSA LAIN TUNGGU MASA JE NAK JD PEMERINTAH NEGARA KITA. TENGOK CAM SINGAPURA, PEMIMPIN NYA ORG APA???????????? ORG MELAYU YANG TERTINDAS. FIKIR2 KAN LAH K. TP SAYA RASA, PANGGIL DR M PERINTAH NEGARA KITA NI BALIK, SEBAB DR M PUNYA PEMIKIRAN JAUH KEDEPAN. HARAP PEMIMPIN2 YG ADA SKRG JGN LA PENTINGKAN DIRI SENDIRI JE K. BYE

  11. skunk nie tak tau nak cakap pe..coz even aku belum layak mengundi tapi aku cukup risau dengan negara malaysia nie…aku taku kalo cine yang berkuasa…sudah tentu die akan tolong orang cine jerk..ni tanah melayu tapi penuh ngan orang cine..hahahahaha..menakutkan…aku rase tun dr mahathir juga yang patut lead malaysia skunk..tgk ler pe yang die buat,,,tapi Pak Lah?

  12. surat Untuk Pemimpin Malaysia..
    -Kepada PM Abdullah Badawi pengerusi Barisan Nasional (UMNO)khususnya,….Takziah atas Kekalahan dan Negeri yang kecundang dalam  PRU12, serta  Tahniah kerana membentuk kerajaan semula.Untuk Parti-Pas Semalaysia, bawah pimpinan Tuan guru Nik Aziz, Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), bawah Pimpinan  DsAnwar Ibrahim, dan DAP, bawah pimpinan Lim Kit Siang..
    mereka ini adalah pemimpin malaysia…..sekiranya mereka dapat menyatukan satu bangsa malaysia dalam satu negara yang dapat mengamalkan  Kepentingan masing2..tanpa  ada  birokrasi…kenapa  tak kita tidak menjadi bangsa malaysia yang seharusnya, sebab pertama dasar pendidikan negara.
    kenapa kita tak buat 1 shj sekolah kebangsaan meliputi semua bangsa..dah pasti pada hari ini kita boleh duduk berbincang dengan kaum lain melalui bahasa yang difahami….
    sambung lagi…..

  13. semua org dh beri komen..biar aku tmbh ckit dari analisa aku sebgai penganalisis politik x bertauliah ni..pertama pembngkng x perlu trlalu bgge diri dgn kemenagn besar ni kerana sebhgian kemenagn mereka tu disebbkn ahli BN yg berpalng tadah dan protes dgn kempipinan Pak lah…selain tu kejatuhn besar Bn kali ni juga disebbkn keyakinn trlalu tggi Bn yg mereka akn mng majoriti 2/3 sedngkn mereka lupe kuasa rakyt yg bile2 mase boleh berubh…Pak lah juge tlh melakukn kesilapn besar dgn membenarkn politik keluarga dan kroni..stu bende yg sangt tidak disukai ahli umno dan penyokong tun Mahathir,ketamakan dan sikap ego=kurg ajar khairy juga adah punca terbesar kekalh BN..percayalh ckap aku sebb khiry ni la BN kalh teruk..golongn anti khairy cukup besar dalm Bn…khususnye UMNO sebb mereka x puas hati dgn tindak tnduk die yg mengumpul kroni dan menyingkirkn pengrh mukriz..kesan nye ahli UMNO telh melakukn protes secre halus dgn menolak calon2 kroni khairy dalm pilihnraye ni…jelas sekali skang Mukriz mempunyai kedudkn trbaik untuk menyingkirkn terus menntu pak lah parasit bangsa tu….PKR nasiht aku usahlh berbnge dgn kemengn ini..kemengn anda juga disebbkn BN…jgnlah terlalu angkuh,kepada merka yg masih tidak mengetahui ancaman DAP..ushlh anda trpengaruh dgn sikap berpura2 pemimpin mereka tu…jgn sesekali anda lupe yg dasar DAP adallh menghapuskan hak keistimewaan orng melayu..ingt kite masih lg belum sedia….DAP tlh melebrkn pengruh mereka di universiti..penubhn student progressive font salh satu prtubhn harm di universiti yg menentng hak orng melayu..mereka sering mempertikaikn dasar universiti yg menyebelihi hak orng melayu…org2 melayu yg menyokong DAP bukaklh mate tidak ingtkh ande ingt insiden 1969..peristiwa hitam yg hmpr melumphkn negara? insiden ini disebabkn politik perkauman mereka….jgnlh trpedaya dgn mereka,ingt jarum mereka sgt halus…kejatuhn perak di tgn pmbngkng sehrsnye membuka mata orng melayu..DAP mng besar..tidk musthl orng melayu bolh hilng kusa di negeri tersebt….kepade yg menokong DAP sila kaji sejrh politik mereka..jika anda sudah kaji anda akn tahu betapa bhayenye parti ini pade org melayu…buat kempipinn UMNO sudah smapainye rombakan dilukn ketas parti itu..kembalikh kepada ideologi sebnr parti itu yg septtnye mmperjuagkn bangsa melayu…singkirkn pemimpin yg kroni yg mengumpulkn kekayaan ats duit rakyat…rakyt telah bersuara parti pemerintah patut sedar mereka boleh hilng kuasa jika suara rakyt tidak dipedulikn lagi…pak lah patut menyingkirkan terus penasiht2 nye yg di ketuai si khairy pembunuh UMNO tu…jika pak lah masih lag tidak berubh dan terus di buai mimpi lena..ush trkejt kuasa rakyt akn kmbali dan menyingkirkn trs BN dari memerinth negara…..sebagi penyokong UMNO aku amt berhrp kempinan parti berubh…pilihlh pemimpin yg benr layak,yg boleh mendekati rakyat buknnye pemimpin yg sombong dan angkuh…

  14. Abdullah tetap tak nak letak jawatan sebab katanya rakyat masih mahukan kepimpinan beliau. Anwar hero Melayu yang tidak bersifat perkauman. UMNO jangan terlalu prasangka terhadap kaum lain. Rakyat dah beri peluang Melayu memerintah tetapi mereka telah dikhianati dan dizalimi oleh bangsa mereka sendiri yang rakus dan haloba. Jangan salahkan rakyat jika mereka beralih arah. Fiery Snake nak tunjuk dia orang terpelajar dengan bahasa inggeris dia tu tapi kami tetap menganggap mentaliti anda kelas bawahan. Ketinggalan zaman. Terima kasih Malaysia kerana menafikan 2/3 BN. Harap pembangkang usulkan di parlimen supaya harga minyak turun. Kalau BN nak pujuk rakyat sokonglah. Kalau tidak, kami akan jadikan anda pembangkang pada PRU2012.

  15. Memang begitu pucuk pimpinan tertinggi BN, lepa bukan nak dengar rintihan org bawahan apa yang kita cadangkan nama calun yang perlu bertanding, lepa tak pakai, lepa buh org yang boleh ikut kata lepa, ha la ni nak salah sapa, nak tanya sapa, tanya pak lah sendiri, orang2 dia yang buat onar dalam BN dan UMNO bekelai sama sendiri, nak pejatuh sesama BN yang pembangkang relax saja. Pihak penyiaran pula sibuk duk tunjuk masalah org Kelantan, anwar macam BN elok sangat puiiih, ha la ni apa nak jadi, malu oooii. nak tak mana muka, shahrizat, samy,rafidah,mydin suka cakap besar macam lepa x pernah buat salah, la ni dah salah, pegi lah samy duk sg siput diam2. Buat pembangkang tahniah kotakan janji kamu, Dont be shy, Slangor, Kdh, PP, PRK and KLTAN ini yuor hand.

  16. assalamualaikum & salam sejahtera…tahniah kepada seluruh rakyat malaysia kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihanraya umum ke-12 yg lepas…keputusan pilihanraya kali ini rata2 telah dijangka & pengundi kali ini amat bijak memilih pemimpin dan kerajaan yg bakal menerajui negara..saya tidak meneybelahi mana2 pihak baik di kerajaan mahupun pembangkang, tapi ingin saya berkongsi sedikit maklumat “post mortem” selepas pilihanraya ke-12 lepas..kalau kita melihat pilihanraya kali ini menghasilkan keputusan yg amat2 mengecewakan pihak kerajaan kerana 5 buah negari telah berjaya dimonopoli pembangkang selain undi 2/3 berjaya dipecahkan oleh pembangkang..sebenarnya keputusan pilihanraya kali ini adalah disebabkan isu2 dalaman negara kita sendiri yg tidak dapat di tangani oleh kerajaan sebaik-baiknya menyebabkan rakyat sudah bosan dan ingin kan angin perubahan baru dalam pentadbiran negara..Isu2 berkenaan adalah….  1) Isu harga minyak & kenaikan harga barang2
    kerajaan sedia maklum bahawa minyak merupakan “source” terpenting dalam kehidupan seharian rakyat, ekoran harga minyak naik harga barangan turut akan naik sama, sekiranya kerajaan berusaha dgn baik utk menangani masalah ini saya percaya sekurang-kurangnya undi rakyat masih banyak lagi akan berpihak pada kerajaan.   2) Isu Jenayah
    malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan kanak2 nurin jazlin & sharlene awal tahun ini, disini saya lihat pihak polis perlu bertanggungjawab utk membawa penculik kemuka pengadilan tetapi hingga selepas pilihanraya masih lg tidak dapat menyelesaikan kes ini. disamping itu juga kadar jenayah semakin meningkat di malaysia. dimana kredibiliti polis dalam menangani jenayah di malaysia? ini juga salah 1 sebab mengapa rakyat tidak mengundi kerajaan.   3) Isu HINDRAF & BERSIH
    malaysia adalah sebuah negara yg majmuk , aman damai hidup berbilang kaum & agama, tetapi kita masih lagi dikejutkan dengan demonstrasi jalanan HINDRAF & BERSIH, disini saya lihat kerajaan masih gagal menangani masalah ini, sekiranya kerajaan bertindak tegas dan tidak terlampau bertolak ansur dalam hal ini pasti demonstrasi jalanan tidak akan berlaku & pihak2 tertentu pasti tidak akan berani mengganggu kestabilan dan keamanan negara.   4) Isu Skandal menteri & kes2 mahkamah melibatkan menteri kerajaan..
    kisah VCD seorang bekas menteri di hotel, kes Altantuya Shaaribu & Kes pemilihan hakim ini semua kes2 besar melibatkan menteri dan org atasan dalam kerajaan. Kes2 ini telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap pemimpin yg mereka percayai selama ini seterusnya menyebabkan pungundi inginkan perubahan dalam pucuk pimpinan kerajaan.   5) Isu Saguhati@Honorarium bagi kakitangan kerajaan.
    Isu ini juga salah satu sebab mengapa pembangkang memperolehi undi yg banyak. Di malaysia terdapat lebih kurang 1juta lebih kakitangan kerajaan, jadi disini saya mengambil contoh kakitangan bawahan (tidak termasuk golongan profesional), mereka ini berpendapatan rendah tidak sama seperti golongan profesional, walaupun gaji mereka telah dinaikkan tetapi ianya perlu kerana sudah 15 tahun gaji mereka tidak dinaikkan, gaji dan bonus@saguhati adalah 2 perkara yg berbeza, ekoran daripada kenaikan harga barangan, kumpulan yg berpendapatan rendah ini amat terasa kesusahannya, sekiranya kerajaan perihatin & berjaya tangani masalah ini dengan baik saya juga percaya undi bagi pihak kerajaan pasti akan bertambah baik…     Sekiranya kelima-lima Isu besar ini berjaya ditangani oleh kerajaan sebaik-baikya, saya yakin pihak kerajaan pasti akan berjaya mengekalkan mandat 2/3 di parlimen..Selain itu terdapat isu2 kecil lain yg tidak berjaya ditangani kerajaan sebaik-baiknya. Calon2 wakil rakyat untuk pilihanraya kali ini juga saya lihat tidak menepati kehendak rakyat, selain itu juga masih terdapat calon2 kerajaan yg tidur. Hanya nampak batang hidung ketika berkempen sahaja kemudian selepas pilihanraya hilang entah kemana..Sebenarnya banyak lagi isu2 lain yg berlaku di dalam negara kita yg rakyat sendiri sedia maklum.. Jadi saya sebagai seorang warga negara malaysia mengharapkan sesiapa sahaja yg dilantik untuk menjadi pemimpin selepas pilihanraya ini diharap dapat melakukan perubahan yg lebih baik dan menangani masalah2 & kebajikan rakyat dengan lebih komited, berikan keutamaan kepada rakyat, buang segala kepentingan peribadi.. Ingat, “KUASA RAKYAT LEBIH KUAT DARI KUASA MENTERI@PEMIMPIN” dan “TUHAN MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA”..

  17. setuju pak lah berhenti….
    harga barang xreti nk kawal,asyik tido,buat sejarah BN tercalar dgn kekalahan teruk dan asyik menjadi puppet kepada KJ…Lgpun awak dh tua,yg sudah 2 sudah la…ambikla langkah yg masih bermaruah dgn berhenti….byk lg org yg boleh menggantikan awak demi menjaga maruah negara yg dh tercalar!!!

  18. Bukan takut atau gusar dengan DAP tetapi berhati2 dengan setiap rancangan dan hidden agenda mrk..cikit demi sedikit mereka akan pertikaikan dan myusul nakkan kesamaan taraf dengan org melayu…cuma perlembagaan kite yg menguatkannya…kite tunggu dan lihat sajalah…5 thn akan dtg..sama ada lebih baik or sebaliknyer..jgn nanti p.pinang btukar mcm singapore udah ler….

  19. Saya nak tambah sikit atas dasar sayangkan negara dan bangsa. Saya tak dapat bayangkan, negara Malaysia yang asal keturunan mula hidup disini adalah orang2 Melayu, tiba2 nanti diPERINTAH oleh orang lain yang baru sahaja datang ke tanah ni tak sampai 100 tahun lepas.

    Please la org2 Melayu..fikirkan masa depan anda. Org Cina dia ada negara China, tapi kalau Malaysia diperintah oleh org Cina, mana kita semua nak pergi? Memang pandangan dan parti kita berbeza tetapi kenapala DAP? Melayu bangsat sahaja yg akan pilih DAP. Sekali negara kita berubah kepada org2 mereka, anda semua tidak akan rasa lagi anda mempunyai negara. Fikirkan dan ubahlah fikiran anda 4 tahun lagi. Kita bukan hanya menyokong BN, tetapi kita nak negara kita ini yg dulunya hanya org kita, akan terus aman, damai dan maju walaupun secara perlahan2.

    Org muda ke tua ke kena sedar, MCA dan MIC sedar mereka bukan bumiputra, bukan the Malaysia origin, tp DAP? Baru dapat Pulau Pinang, dah nak guna duit Petronas sepenuhnya, tukar pengajaran Math dan Sains di Penang dlm Bahasa Cina, batalkan semua agenda DEB Kerajaan yg rata2nya utk bantu org Melayu..Org2 Melayu yg ada jawatan dlm pakatan mereka hanya jadik macam lembu dicucuk hidung. So? Anda masih tk nampak lagi apa akan jadi kalau dia dapat memerintah Malaysia? Habis UiTM, MARA, matrik, peluang belajar ke overseas, IKS, Felda.. Mungkin ada antara kita yang tak suka BN, tapi kalau bagi byk kt PKR dan DAP pun, akan mengurangkan majoriti BN. Dan BN tak boleh mendpt suara yg besar di Parlimen dan negeri.

    Saya bkn berckp utk BN tetapi Malaysia yg sy cinta. Saya tak nak hidup menumpang di bumi nenek moyang saya. Dan saya dpt bayangkan saya dihina, dipijak dan diperlekehkan jika negara ini bertukar tangan. Kita tidak akan buat begitu kepada bangsa lain kerana kita orang Islam tetapi mereka? Mereka tidak kisah pun…

  20. setuju dgn aie…saya takut lepas ni bumiputra P.Pinang beli rumah di P. Pinang dah takde kuato Bumi..harga sama ngan Nonbumi…berdoa semoga perkara negatif bagi bangsa melayu berlaku. Jangan bercakaran seperti bangsa Pakistan, Palestin, Iraq dll, nyawa jadi terlalu murah. Semoga malaysia aman selamanya untuk membesarkan anak-anak.

  21. apa2 pun… aku bukannya setuju sgt ngn kerajaan. Minyak naik… Harga barang naik… tapi gaji swasta tetap cam tu gak… nape nak pentingkan gaji kerajaan jer yang naik? nape tak pernah nak tengok mereka2 yang bekerja swasta?  Mereka2 ni tak duduk dalam Malaysia ke? (sigh)

  22. Dear dodolll, kalau brg naik mcamana pun, boleh ke bayangkan kalau parti lain memerintah, mereka akan turunkan? Tanyala pd para ekonomis kenapa harga brg2 naik? Bukan salah Kerajaan semua. In fact, banyak2 pun 20% je boleh salahkan Kerajaan. Ada sebab Kerajaan buat macam tu. Negara2 lain kat dunia ni semua brg naik. Kat Filipina pun sampai Kerajaan kena subsidi beras kat semua rakyatnya. Minyk kat US yg dpt minyak free dr Iraq pun naik harga. Dgn cuaca yg tak menentu menyebabkan byk brg2 keperluan rosak dan tak jadi. Bila kuantiti tak cukup, harga brg naik. Ini semua tentang permintaan dan penawaran.

    Pasal brg import, bkn negara kita aje yg import brg. Negara lain pun import jugak. So, berebut. Kerajaan terpaksa naikkan harga. Ramai yg tak faham mcamana kenaikan harga boleh berlaku. Saya rasa BN kena inform secara telus mcamana harga brg boleh naik. Supaya org yg x belajar ekonomi dan bisnes boleh faham dan jelas.

    Kita x nak jadik mcm Negara China, brg byk ciplak dan kualiti langsung takde. Skrg pun harga brg kat sana, gaji pekerja sedang meningkat sikit2. Lama2 sure, harga brg akan naik jugak kat sana sebab kos makin tinggi.

    Sedarlah sikit. Buruk2 negara dan pemimpin kita ni, ia masih hak kita dan kita terbela. Esok kalau Malaysia dan jadik hak org lain, jgn harapla nak ada keistimewaan. Kalau keje swasta ke gomen ke, nasib anda tentu lebih buruk dan takkan sama macam sekarang. Silap2 kubur kita pun dia buat tokong…Anak cucu kita sudah pasti merempat..

  23. Assalamaualaikum wbt sahabat2 semua,

    Saya suka membaca tulisan-tulisan sdr. Ada yang bermanfaat, ada yang boleh dibaca…ada juga yang ‘kurang ajar’…orang-orang melayu cakap la. Tapi yang pelik nya, yang kurang ajar tu “Melayu”…guna bahasa2 kesat Mat Saleh…tapi cakap pasal memperjuangkan bangsa melayu…apa ni bro!

    kita jangan dimomokkan sangat dengan perjuangan bangsa…memang itu perlu, yang lagi penting kita jaga agama…bila agam kita baik, InsyaAllah…bangsa juga akan baik. Tak timbul soal akan dijajah oleh bangsa lain. Yang sedih tu…ada yang bercakap berjuang untuk bangsa…nak jaga perpaduan kaum…tapi, hakikatnya dialah yang merosakkan bangsanya sendiri…menjadikan bangsanya lemah, menyekat keilmuan, menyekat daya kepimpinan bangsanya…. malah dialah juga yang memecahbelahkan bangsa dan memporak perandakan perpaduan… Sorry (guna bahasa inggeris sikit)… Kita bagi peluang kepada BA urus 6 negeri (termasuk KL)…kita perati tengok, sejauh mana benarnya…mereka boleh mentadbir dan menyatu padukan bangsa dan dalam masa yang sama memartabatkan agama islam. Jangan kacau depa…elok kita sokong depa. Kalau tak puas hati..PRU13 kita ubah la pulak. Demokrasikan.

    jangan marah noh…sabaQ. Depa pun bijak2 jugak…belajaq tinggi2…bukan ‘hang pa’ ja pandai…

    Sekian. perati tengok cakap. jangan dok loqlag..

  24. sdr aie, niz, sendiri mau ingat dan banyak lagi… InsyaAllah, yakin lah dengan kekuasaan-Nya. Bila kita cuba lakukan yang terbaik, berlandaskan tuntutanNya dan sentiasa berserah ke atasNya. PertolonganNya akan ada.

    Thanks juga untuk kerajaan BN kerana telah berjaya menghasilkan ramai ilmuan (disebabkan dasarnya). Ilmuan2 inilah harapan kita untuk mentadbir, bertolerasi antara kaum hidup bekerjasama, aman dan damai.

    Bagus dengan sikap berhati2…tapi bahaya dengan sikap prasangka. Ingat tu. jangan sampai perpaduan rosak disebabkan ‘mulut cabul’ bangsa kita sendiri. okeh. bye

  25. salam….
    aku x sokong ar mana2…tp biasa lar manusia, time dr.M jd Pm korang ye2 nak bg dier turun…konon2 x bgs lar aper la….ni bila da pklah wat camni br korang sedar yg mana kaca yg belian….skang br nak nyesal…br nak pggl blk jd PM…..ermm….manusia manusia…… pastu bg korg yg bangang sokong parti pembangkang tu,,,,aku terpk 1 jer..jgn ar korg guna aper2 kemudahan yg kerajjan sediakan…kerajaan kan BN?? bukan nyer BA…..g skolah2 pondok ker….dok dlm utan…jgn guna jln raya….biarpun korang ckp tu wet korang….tp tu gak utk kesenangan korang…pk lar……bg Prk..selangor…kedah..n penang …kiter tgk lar dalam 5thn ni ader ker tak perubahan yg akn d wat….yg ak taw penang da x guna DEB….jd wat korang2 yg melayu kat penag sory…sbb bila dasar DEB ni da xder da xder keistimewaan bg kaum melayu lg….ermmmmm….. camner ek? xper2 plhnraya ke-13 nnt korang pangkah lar lg…wat cam ni lg….ssh2 korang bratur bapak punya panjang bila g pangkah,pangkah pembangkang……nak kata bangang aku rasa korang gi jer skolah…ishk3x…payah tul lar…….k ar malas aku nak tulis panjang2..just wait n see aper yg tlh korang wat utk negara yg korang kata sayaaaaaaaaanggggggg bangat ni k…..daaaaaaaaaaaaa….salam…

  26. Dr Mahathir beri pandangan prestasi BN 

    KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kelmarin. “Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, seperti mana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau 100 peratus seperti dikatakan oleh Setiausaha Agung Umno ketika itu. “Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini,” katanya pada sidang beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini semalam. (Abdullah tidak pernah mendakwa faktor dirinya menyebabkan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Umum 2004, malah beliau berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana meletakkan landasan kerja yang kukuh serta rakannya bekerja keras untuk kemenangan parti). (Setiausaha Agung Umno ketika itu, Tun Mohd Khalil Yaakob berkata kemenangan itu 99.99 peratus adalah kerana Abdullah). (Dr Mahathir kecewa dengan kenyataan itu kerana Mohd Khalil tidak memberi kredit kepadanya. Mohd Khalil sekarang ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka). Dr Mahathir berkata, amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama – Melayu, Cina dan India. Dr Mahathir juga berkata, beliau akan meletak jawatan jika berada di tempat Abdullah. Ketika kedudukan Dr Mahathir sebagai Presiden Umno dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987, beliau pernah berkata akan terus kekal pada jawatan itu walaupun menang majoriti satu undi. Beliau menang tipis dengan majoriti 43 undi dan enggan tunduk kepada desakan supaya meletak jawatan. Untuk rekod, Dr Mahathir yang memilih sendiri Abdullah sebagai penggantinya berbanding Najib selepas mempunyai tiga Timbalan Perdana Menteri ketika kepimpinannya. Pertama, Tun Musa Hitam yang meletak jawatan atas alasan ‘perbezaan pendapat yang tidak boleh diselesaikan’ pada 1986. Kedua, Allahyarham Tun Ghafar Baba yang dicabar oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan persetujuan Dr Mahathir sendiri pada 1993. Pada 1998, Dr Mahathir memecat Anwar dan melantik Abdullah sebagai Timbalannya pada awal 1999. Abdullah yang mempunyai latar belakang Islam dan imej sebagai ‘Mr Clean’ ketika dilihat sebagai calon sesuai untuk mengekang kemarahan terhadap Dr Mahathir berikutan tindakannya memecat Anwar. Dr Mahathir juga berkata; “Sehari sebelum pengundian, beliau (Abdullah) berkata BN akan sapu bersih”. Dr Mahathir berkata: “Saya tidak faham bagaimana beliau membuat ketetapan itu. Tetapi beliau masih percaya pembangkang hanya mahu menidakkan majoriti dua pertiga BN. Inilah apa yang berlaku”. (Abdullah tidak berkata BN akan menyapu bersih. Beliau dipetik oleh The Star pada 8 Mac sebagai berkata: “Saya yakin ada harapan untuk BN menang majoriti dua pertiga.”) Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan, BN masih relevan dan yakin gabungan 14 parti itu akan terus diterima jika ia membuat perubahan berdasarkan isyarat rakyat. “Terpulang kepada mereka sama ada mahu mendesak atau tidak, tetapi BN masih relevan,” katanya sambil menambah Umno juga kekal relevan jika dapat memberi khidmat terbaik kepada negara. Dr Mahathir berkata, beliau sendiri terkejut BN kalah seteruk itu, walaupun memang meramal sokongan terhadap BN akan berkurangan pada pilihan raya kali ini. Beliau berkata, kemerosotan sokongan kaum India pula berpunca daripada sikap dan tindak tanduk Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang menyekat pemimpin India lain bercakap serta tidak membenarkan parti lain mewakili masyarakat India menyertai BN. Katanya, akhbar utama juga memaparkan kepimpinan Abdullah sebagai baik, sedangkan beliau mendapati banyak perkara salah berlaku. “Empat tahun selepas pilihan raya umum lalu, Abdullah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya,” katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ahli Umno sendiri memberi sokongan terhadap pembangkang kerana tertekan dengan kadar inflasi tinggi dan taraf hidup yang rendah. Dr Mahathir berkata, Abdullah dimaklumkan ekonomi berkembang enam peratus tetapi kesannya tidak dirasai rakyat. (Untuk rekod, unjuran pertumbuhan ekonomi ditentukan oleh Bank Negara Malaysia). “Semua ini menyebabkan rakyat pelbagai kaum sangat marah dan jika pilihan raya diadakan tahun depan, keputusannya tetap sama,” katanya. (Pada 1999, selepas Dr Mahathir memecat Anwar, undi Melayu beralih kepada pembangkang. Kemenangan BN banyak dibantu pengundi Cina dan India. Dr Mahathir yang ketika itu Presiden Umno, parti orang Melayu, tidak menawarkan diri untuk meletak jawatan.) Mengenai kemungkinan beliau kembali aktif dalam politik termasuk mengambil alih kepimpinan Umno jika diminta ahli parti atau menjadi pendesak supaya Abdullah meletak jawatan, Dr Mahathir sambil berseloroh berkata: “Nak ambil alih, tak bolehlah, kalau nak main tepi-tepi bolehlah…dah tua.” Ditanya mengapa beliau sendiri tidak meletak jawatan selepas BN kehilangan banyak kerusi pada pilihan raya umum 1999, termasuk kalah di Terengganu, Dr Mahathir berkata ketika itu BN masih mendapat kepercayaan besar rakyat kerana dapat membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga. Mengenai sama ada Anwar masih relevan, Dr Mahathir secara sinis berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih relevan tetapi tidak akan menjadi Perdana Menteri. Beliau juga berkata, soal masa depan orang Melayu Pulau Pinang selepas negeri itu dirampas DAP pula terletak pada orang Melayu sendiri. Bagaimanapun, katanya, pembangkang tidak akan mampu menunaikan janji dalam manifesto mereka di negeri yang ditawan. “Pembangkang buat pelbagai janji yang mereka tahu tidak boleh buat kerana yakin memang (sebelum ini) tidak akan menang. Jadi, saya fikir (pembangkang) tidak mungkin dan boleh buat (tunaikan janji),” katanya.

  27. Sesuatu yang pelik di Malaysia, tidak ada rasa bersalah atau bertanggujawab dengan apa yang telah mereka lakukan. Inikah mentaliti klass dunia yang menjadi contoh kepada rakyak Malaysia. Kalau di Jepun/US/Eropah hari pertama mereka dah letak jawatan.

  28. dear perati tengok….
    masing2 ade pegangan dan ideologi tersendiri..u tak leh argue tu…itu tak demokrasi namanya tu…tak world kata mawi…hidup dan matiku bersama UMNO…”BERSATU KITA BERSATU DENGAN TEKAD BERGANDING BAHU….UMNO TERUS MAJU UNTUK RAKYAT MALAYSIA..”SEKIAN TERIMA KASIH…..

  29. ITULAH RAHSIA DAP YG MEMBUTAKAN PAS
    Kemenangan BA menjadikan org PAS
    semakin hilang akal, depa dok sokong
    DAP tu babi buta .ye lah baru kahwin
    dan dlm period honeymoon lagi..kentut
    pun wangi..tunggu lah bila dah lama
    sikit..baru depa sedar kot.

    Bebudak PAS buka main lagi back
    up “roket” tu ..ye lah “roket dah
    sampai bulan” tu yg baggga giler
    tu..yg sedih ramai yg buta..bila UMNO
    kata perjuangan DAP tu ada agenda
    tersembunyi iaitu tuk jahanamkan org
    Melayu..depa kutuk mcm nak mampos

    Bagi depa DAP tu baik sbb ada
    berbilang bangsa..pengerusi dia pun
    bukan cina..tapi depa tak sedar ..
    walaupun dlm DAP..pengerusi dia Karpal
    Singh ..tapi setiausaha Agong dia yg
    gantikan Lim Kit Siang adalah anak dia
    Lim Guan Eng..dan..hairaki dlm
    DAP ..tak sama dgn hairaki kepimpinan
    dlm PAS, UMNO, PKR atau parti politik
    lain..Dlm DAP yg berkuasa adalah
    setiausaha agong buka presiden atau
    pengerusi atau apa jawatan
    lain..Hairaki kepimpinan DAP ni mcm
    hairaki dlm Parti komunis di Rusia
    atau Cina..so dgn kata mudah yg
    berkuasa dlm DAP adalah Lim Guan Eng…

    Dan apa yg ditakuti oleh org yg tak
    baca Harakah dan tengok CNN adalah
    agenda tersembunyi DAP…hanya org yg
    celik sejarah je tau..ye lah bebudak
    PAS ni walaupun ada cikgu sejarah tapi
    mungkin mata dia dah dibutakan..DAP tu
    adalah serpihan daripada PAP kat
    Singapore tu..sbb tu lah perjuangan
    mereka tu same..antara lain
    menghapuskan hak istimewa org melayu
    dan memastikan negara yg ditadbir tak
    jadi negara islam…kalau tak
    masakan “madu PAS dlm BA” si karpal
    sigh tu sanggup nak heret Mahathir ke
    mahkamah sbb kata MAlaysia negara
    ISlam.

    Tengok lah baru sehari berkuasa terus
    tamatkan DEB yg jadi asas tuk lahirkan
    Melayu yg kaya dan mampu mengayakan
    Melayu yg lain..So kat mana lagi nak
    letak muka bila hak melayu mula
    diinjak sebegitu..tapi tak pe tuk org
    pas janji BN tak berkuasa… kan..kan..

    lagi satu kalau depa tu baik sangat
    kenapa permohonan wakil tunggal PAs
    kat Penang tu nak jadi Exco agama
    ditolak DAP..dan kenapa plak DAP
    jauhkan diri masa perlantikan MB perak
    yg org PAS tu..jawabnya senang
    je ..sbb dah mula ada rasa tak puas
    hati .. so yg untung PKR ..dgn PAS dia
    dpt jawatan dgn DAP pun dia dpt
    jugak..tapi yg kesian org Melayu di
    Penang tu ..dah semakin
    terpinggir..jangan sampai tanah kubur
    tok nenek kita depa kencing baru nak
    sedar ..nangis air mata darah pun tak
    guna…

    ANAK KECIL MAIN API..TERBAKAR HATINYA
    YG SEPI..AIR MATA DARAH BERCAMPUR
    KERINGAT..BUMI DIPIJAK MILIK ORG..

  30. Betul la sendiri mau ingat..saya sokong…Teruk2 pun jgn la DAP…Tlg la baca manifesto dan perlembagaan DAP mcamana dulu, jgn main ikut2 org je..
    Org2 PAS pun memang mcm lalang…Asal bkn BN, depa sokong bagai nak rak..Aku tgk muka org2 Melayu BN kt Penang pun mcm nak menangis skrg..sebab tau depa dah hlg segala2nya..Kalau stkt sorang je exco Islam memang hancus la…Hak keistimewaan dah tentu takde, hal2 keagamaan pun jgn harap la boleh berkembang. Sapa lg nak pertahankan hal2 kerohanian utk mereka. Ntah2 org Penang ni ramai yg memang sukakan sekularisme kot? Sbb tu depa pilih DAP. Maksud aku, BN memang sekular tp bila ramai yg Islam, kita masih selamat dan amalan Islam kita tdk akan terganggu dan mudah utk kita dapat. Skrg, kalau dah parti bukan Islam memerintah, dah tentu nanti banyak gereja dan tokong yg naik…
    Kita ni hidup bkn mcm depa. Kita ada hidup selepas mati. Kalau pengisian agama tu kita x dpt masa hidup, mcmana nak prepare tuk mati.. Aku ni tgk sst perkara secara menyeluruh… Walaupun aku ni generasi yg lahir slps merdeka, tp aku tau susah payah org2 Melayu

  31. akum…..

    aku hanya melihat je PRU12 ni.. bg aku semua pmpin salah…baik bn, pas, pkr mahupon dap. semua sama je… masa brkempen semua manis…tp lpas tu mua hampeh… aku kata cm tu..bb panglimen kwsn aku… tiap2 kali PRU kami pilih org lain…tp smua sama je…xda yg btul2 nk berkja dn brhidmat utk rkyat..dia org bkerja untk saudra sndiri je…yg pandai kipas je…bak kata Tun..kroni.. korang pk sndiri la… dn jgn risau rkyat kdh, png, prk dn sel…smua nya akn brlalu cm tu je…xda prubahan yg truk atau baik yg kronik…

    PK2 la….muhasabah diri la….

    wasalam

  32. pertama sekali, assalamualaikum dan salam sejahtera..
    tahniah buat semua rakyat yang sudah “cukup umur” dan “layakmengundi” untuk PRU12 baru-baru ni..

    setelah melihat-lihat komen semua di sini.. hehe.. ada banyak baik dan buruknya.. tapi biasalah.. sebagai rakyat yang “ada kuasa” menentukan masa depan negara, semua tunjuk pandai dan hebat di sini.. di ruangan maya yang tiada orang nampak siapa yang bersuara… syabas semua.. tidak kurang juga dengan komen yang dilontar entah apa-apa (tidak kira pada pembangkang @ pemerintah) walaupun masih tidak cukup umur untuk mengundi.. hehehe.. kelakar sungguh.. mengundi pun belum layak, sudah mahu komen..
    adakah komen anda sekadar dengar-dengar cerita orang atau memang anda mengikuti PRU dari awal dulu? lucu..

    ni antara komen yang aku “suka” -
    “…….k ar malas aku nak tulis panjang2..just wait n see aper yg tlh korang wat utk negara yg korang kata sayaaaaaaaaanggggggg bangat ni ” hehehe.. penulis ini komen tentang semangat cintakan negara la..bla..bla..bla.. tapi di akhir ayat, ada perkataan bangat! bangat tu bahasa malaysia atau melayu kita kah? atau bahasa indonesia? ini adalah contoh orang yang kononnya cintakan melayu, tetapi gunakan bahasa indonesia.. tidak salah, tapi mengundi lah di indonesia kelak ye? hehehe..

    untuk saudara @abang fiery snake,
    jangan terlalu taksub berbicara tentang melayu.. kalau asyik mahu mempertahankan hak keistimewaan melayu, sedangkan orang melayu sendiri jual keistimewaan orang melayu pada orang lain.. tidak percaya? projek pembangunan, memerlukan tanah, tanah siapa? tanah felda? tanah yang dikhaskan untuk orang juga kan? oo.. itu lain sebab nak bangunkan negeri untuk faedah semua juga kerana bila ada pembangunan adlah peluang pekerjaan…ye tak ye juga.. tapi siapa tokey untuk projek pembangunan? siapa yang buka kilang? melayu? 1% pun tiada kot.. hehehe..

    ada penulis yang berbicara tentang melayu, tapi adakah penggunaan bahasa melayu anda sudah betul? berapa banyak bahasa melayu yang dirosakkan kalau kita perhatikan.. kalau kita sendiri tidak pandai berbahasa melayu, jangan bicara tentang perjuangan melayu.. jika hanya pandai mencaci dan mencerca dalam bahasa inggeris (penjajah), siapa yang dijajah sekarang? adakah kerana selalu ke JEPUN, SAN FRANCISCO, membuatkan kita biasa dengan bahasa penjajah? lantas boleh mencerca bangsa sendiri menggunakan bahasa penjajah? tahniah..inilah wajah melayu yang “cuba” mengingatkan melayu yang lain..

    ada juga isu berkaitan exco agama.. itu satu negeri sahaja saudara.. Penang.. kita tengok sendiri negeri lain yang exco agamanya memang dah lama orang melayu@Islam yang jaga… adakah kadar rogol di Kuala Lumpur kurang? adakah kadar maksiat oleh remaja di kawasan yang dimenangi oleh parti pemerintah ini kurang? jangan hanya tumpukan perhatian pada negeri yg jatuh ke tangan pembangkang, tumpukan secara global! malaysia khususnya..kalau sayangkan malaysia, tumpukan pada malaysia..

    bab DAP ada agenda.. saya mahu bertanya pada semua bijak pandai.. adakah DAP dan MCA berbeza? apa perbezaan mereka? cuba beritahu sedikit.. bukankah kedua-duanya parti rakyat cina? hehehe.. kalau mereka berada di parlimen, dan ingin menegakkan keistimewaan orang cina, mereka tidak mengira parti… sekiranya di kawasan saudara MCA vs DAP, siapa yang saudara sokong? apa hukum menyokong pemimpin bukan Islam? hehehe.. sebelum membuat komen yang keterlaluan, eloklah kita muhasabah diri kita dulu.. adakah kita layak menulis komen-komen yang kadangkala tidak sanggup untuk kita baca..

    jangan bicara tentang perjuangan sekiranya kita tidak tahu apa yang kita perjuangkan.. selalu sebut pasal melayu..jaga orang melayu, orang melayu bodoh, apa yang bagi komen itu, bukan melayu kah?
    satu jari kita tuding, empat jari tuding kita semula.. fikir-fikirkan lah..

    alif,ba,ta, saya budak baru belajar..

  33. Assalamualaikum
    panjang benor komen2 kt sini…pelbagai pendapat…

    Apa2 pun tk guna kita berbalah kt sini…semuanya dah termaktub… dah jadik dh pun… nak salahkan sapa… pk la sendiri…asalkan jgn bergaduh, bertekak, atau berselisih faham… hangpa bg la komen apa pun kt sini..tak jadi apa-apa efek pun.. nak memerintah … depa bukan kita… kita dh guna hak kita masa PRU12 dulu… la ni bila dh jadi gini… salah BN, salah PAS, salah DAP, salah PKR… salah kawan ni… salah kawan tu… diri sendiri tak mau tunjukkan kesalahan…baik rakyat baik pemimpin  manusia mmg gitu jadi terima je la…

    kita tgk je la apa nak jadi… kita sbg rakyat ada hak… tp betullah..kekdg hak tu dh dicabul…pk la sndiri…itu la politik namanya…

    sy sokong perati tengok…
    apa2 pun…. sumer kena berlandaskan agama… kalu tak berpegangkan pada agama… mmg la macam2 hal bole berlaku… bangsa tu duk tpt kedua… cuba pk balik kalu bangsa melayu tkdak agama…iman anugerah Allah tu takdak dlm hati bangsa melayu… alamat hancus bangsa melayu… takat ni pun kita dh tgk macam2 kes perangai melayu y tkdak agama…
     

  34. aku sokong….ape nk jd la skang ni….
    tgk skang la blum pape da jd kucar kacir….
    dgn keadaan skang anda yakin BA dpt memerintah dgn baik???/
    pk la sndr….

  35. MANA KHAIRI JAMALUDDIN, SENYAP SEPI JE….. masa berkempen berkokok sakan, tapi dah menang HILANG…. apa dah jadi dengan PEJUANG MUDA KITA NI…..

  36. kri,

    KJ tengah mengatur strategi tu, malu besar dan ramai salahkan dia. Dia ingat mainan politik nie mudah, sendiri mau ingat.

  37. UMNO perak menggunakan NGO kononnya  berdemonstrasi mengkritik DAP kerana tidak menghormati Istana. Alhamdulillah, setelah berbincang mereka (DAP) memohon maaf dan menerima ketetapan wakil PAS sebagai MB Perak.
    Tetapi apa yang kita lihat, UMNO sendiri iaitu orang nombor satu mereka telah tidak menghormati Istana. Contohnya isu perlantikan MB Perlis dan isu perlantikan MB Terengganu yang sampai hari ini belum selesai. Kalau Ikhlas NGO perak kononnya (UMNO la tu)… ingin memartabatkan istana, maka saya cadangkan buat lagi semonstrasi tentang pak lah yang terang-terang memusuhi istana Perlis dan Terengganu khususnya. Secara amnya Pak Lah dan pemimpin tertinggi UMNO telah memusuhi institusi beraja.

  38. Gurindam PAKLAH: Panas ku sangka hingga ke petang, Rupanya hujan di tegahhari, Kelantan ku sangka mudah ditawan, Rupanya ku hilang 5 negeri. Sungguh malang nasib ku ini, Tiada kampung tiada negeri, Penang negeriku ditawan DAP, Tak tau kemana nak bawa diri. Andai baiknya ku undur diri, Bagi peluangku kepada khairy, sambil kutumpu kepada isteri Manalah tau kot2 dapat baby.

  39. Yeaaaaah….. terubat rinduku pada Khairi, semalam kuar TV, komen pasal Bola. Kaulah Pemuda harapan bangsa. Teruskan perjuangan KJ. Jangan peduli apa orang kata, janji kau Ikhlas dalam perjuangan. Jangan jadi macam orang lain berjuang untuk mengaut keuntungan, mengejar dunia, kekayaan, pangkat dan lain-lain. Saya harap kau berjuang dengan penuh keikhlasan, kerana kau harapan yang masih ada untuk menegakkan kembali UMNO.

  40. Pingback: In Line Text Advertising Programme - MY Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>