This is Malaysia Kini Web Directory's cache of http://blog.azhad.com/ as retrieved on Wed, 18 Apr 2007 02:18:24 +0800.
The page may have changed since that time. Click here for the current page.

<< Back to Malaysia Kini Web Directory

Malaysia Kini Web Directory is not affiliated with the authors of this page nor responsible for its content.

Nukilan Jejari Azhad

Tuesday, April 17, 2007

KL International Book Fair

Satu lagi pameran dan jualan yang patut dikunjungi ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Bermula 26 tahun dahulu pesta buku ini dikelolakan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia.

Pada tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan diadakan dari 27 April sehingga 6 Mei 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Pesta yang merupakan acara tahunan ini dibuka untuk kunjungan dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 petang bagi hari Isnin hingga Khamis, dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam bagi hari Jumaat hingga Ahad termasuk hari cuti umum.

Sebanyak 183 syarikat menyertai pesta kali ini termasuk 23 dari luar negara antaranya dari Britain, Amerika Syarikat, Australia, Mesir, Jerman, Hong Kong, Brunei, Thailand, India, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Singapura. Di samping pameran dan jualan buku terdapat 63 aktiviti yang sudah dirancangkan untuk pengunjung dan pelawat dagang industri buku seperti seminar, forum, taklimat, dialog dan pelancaran buku baru.

Masuk adalah percuma dan tahun lepas seramai lebih 700,000 orang yang telah mengunjungi pesta buku ini. Marilah sama-sama kita menambahkan ilmu dengan membaca. Bagi menambah minat kepada buku, cuba kita berikan buku sebagai hadiah menggantikan permainan dan barangan lain semasa sambutan hari jadi dan seumpamanya. Semoga ini dapat membantu meningkatkan tabiat suka membaca dikalangan rakyat Malaysia.

Technorati Tags: , , ,

Sunday, April 15, 2007

PC Fair 2007

Hari ini berakhirnya PIKOM PC Fair 2007 di Kuala Lumpur Convention Centre dan juga di Johor Bahru, Ipoh, Batu Pahat dan Kuantan. Sebenarnya PC Fair tahun ini telah bermula minggu lepas di Pulau Pinang, Melaka, Sandakan, Tawau dan Khucing. Selepas ini PC Fair akan diteruskan minggu depan di Kepala Batas, Taiping, Sibu, Miri, Tanjong Karang dan Muar.

PIKOM PC Fair 2007PIKOM PC Fair ini sebenarnya diadakan tiga kali setahun iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember. Oleh itu jika tidak berkesempatan atau terlepas kali ini, anda boleh pergi di bulan Ogos atau Disember nanti.

Kuala Lumpur Convention Centre menjadi sungguh sesak setiap kali berlangsungnya PC Fair ini. Mungkin di lokasi-lokasi yang lain pun serupa juga. Ada yang datang kerana saja untuk meninjau barangan yang dipamerkan dan ada juga ingin membuat perbandingan antara jenama yang berlainan. Kebanyakannya adalah untuk mendapatkan barangan dengan harga yang terbaik.

Technorati Tags: , , , ,

Saturday, April 14, 2007

Yin Dijumpai

Setelah hampir dua minggu hilang, akhirnya Muhammad Nazrin atau Yin telah diketemukan semula dengan keluarganya. Yin sebenarnya telah dijaga oleh pasangan Myanmar selama dia hilang di Sentul Pasar, Kuala Lumpur. Pasangan tersebut mengetahui Yin sedang dicari setelah menerima risalah tentang kehilangan Yin.

Dua minggu sebelum itu pasangan tersebut membawa Yin pulang apabila tiada sesiapa yang mencarinya setelah menunggu lebih daripada satu jam di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo. Pasangan itu mendakwa mereka nampak Yin berseorangan di hadapan Sogo dan telah cuba membantu tetapi tidak faham percakapan Yin.

Pasangan Myanmar yang fasih berbahasa Melayu itu berkata mereka suami isteri buta huruf dan tiada telefon atau televisyen menyebabkan mereka tidak tahu usaha besar-besaran mencari Yin sedang dijalankan.

Syukur alhamdullilah kerana Yin telah selamat kembali kepada keluarganya. Walaupun terdapat beberapa persoalan yang masih belum terjawab seperti kenapa Yin dibotakkan, kenapa pasangan tersebut menyimpan Yin dan mengapa Yin tidak diserahkan kepada pihak berkuasa lebih awal?

TERKINI :
Pasangan Myanmar tersebut telah ditahan oleh pihak polis untuk disoal-siasat kerana keterangan mereka mencurigakan.

Technorati Tags: , , , ,

Friday, April 13, 2007

Advertisers + Bloggers = Money + Happy

Advertlets telah mengiklankan bahawa mereka yang akan membayar RM50.00 kepada 300 orang blogger Malaysia yang menyertai dan membuat ulasan tentang perkhidmatan mereka. Menyahut iklan tersebut satu ulasan tentang Advertlets telah saya buat pada 10 April yang baru lalu.

Sehari selepas itu saya telah menerima email daripada Josh Lim sendiri mengatakan mereka menyukai ulasan yang saya buat dan RM50.00 telah dikredit ke akaun saya. Ulasan tersebut boleh dibaca di sini.

Saya rasa kuota 300 orang blogger belum lagi dipenuhi jadi jika anda berminat untuk mendapat RM50.00 seperti saya, mendaftarlah dengan Advertlets.

Technorati Tags: , , , , ,

Thursday, April 12, 2007

MY List

Ini ada satu projek yang dimulakan oleh blog How To Earn Money Blogging. Projek MY List berlandaskan perasaan murah hati dan rasa bangga rakyat Malaysia untuk saling bantu membantu dengan semangat Malaysia Boleh! MY List bermatlamat untuk memberi manfaat kepada semua peserta dan bukannya hanya kepada peserta yang awal sahaja. Semua peserta harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan supaya ianya boleh dicapai.

My list
Tujuan utama MY List adalah untuk membantu semua blogger Malaysia mendapat pautan ke blog masing-masing dengan menyertai senarai ini. Semua blog berkaitan dengan apa juga topik dialu-alukan untuk menyertai usaha membantu rakan-rakan blogger Malaysia mendapat pendedahan dan ranking. Diharap pautan di antara blog ini akan dapat meningkatkan juga ranking semua blog di Page Rank dan Technorati selepas tamatnya projek ini pada 31 Mei 2007 kelak.

Jika ingin maklumat lanjut atau menyertai projek ini sila kunjungi MY List.

Berikut adalah senarai blog yang telah menyertai MY List setakat ini;

My List Participants

[ Wood ] [ Earth ] [ Cheap ] [ Flight ]
COMtech
Ah Ling's blog
http://judychow.blogspot.com/
~WoOLaLA~
vivivava Design
My Mothering Corner
Shoppingmum’s Home Office
My Filling Station
Shopping Mum
All about Beauty
Shoppingmum and Kids
datotalrandommessy.grey
Notes from my heart
Joy Montessori
wahlau's online hut
Cedric’s Asylum
mott’s mutterings
Just My Thoughts
delephant
Incoherent Ramblings
HOT STUFF
Make Money Online with Malaysia Love AGLOCO
MONTESSORIMUM.COM
Funky Cookies
Earn Money Blogging
PabloPabla's Whatever
Make Money with Blogging
Paris Beaverbanks
Free Links Giveaway
Free Blogger Templates
Blogsreview.Net
Making a Living
5xmom
How to be a Better Blogger
My Women Stuff
Hochiak! Delicious Asian Food
Best Recipes
Champagne Tastes on a Beer Budget
Daryl's Discovery Journey
The fluff must go somewhere


Technorati Tags: , , , , ,

Tuesday, April 10, 2007

Advertlets

Kamal : "Eh! Din! Kat mana kita nak makan ni?"

Sudin : "Mana-mana jela...."

Kamal : "Oklah kita makan kat restoran hujung tu. Din, sekarang jarang update blog, kenapa ye?"

Sudin : "Tak ada apa, cuma malaslah nak update."

Kamal : "Tapi dulu kau hampir tiap-tiap hari update blog, macam-macam cerita ada."

Sudin : "Memangla tapi sekarang dah hilang moodnya. Lagipun dah lebih 3 tahun aku menulis blog tapi hasil daripada iklan yang aku letakkan dalam blog tak cecah USD10 pun."

Kamal : "Oo macam tu kisahnya.... Memangla sebab blog kau dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Inggeris. Blog dalam Bahasa Melayu ni memamg susah sikit nak buat duit."

Sudin : "Ye la kot, lagipun kalau ada iklan yang keluar di blog aku tu banyak yang berasal dari negara luar dah memang pengiklannya dari sana nak buat macamana."

Kamal : "Kau ada dengar pasal Advertlets.com tak?"
Sudin : "Apa? ad-vert-lets? Tak, tak pernah dengar, apa benda tu?"

Kamal : "Ini benda terhangat dikalangan blogger di Malaysia sekarang ni la!!"

Sudin : "Ye la ceritala apa ke benda ni..."

Kamal : "Ni sumber pendapatan untuk blogger dan platform untuk pengiklan yang khusus untuk mereka di Asia terutama di Malaysia. Ko nak tahu idea untuk buat Advertlets ini datang dari Josh Lim & Associates dan yang lagi bestnya mereka ni dari Malaysia!!"

Sudin : "Ala ini mesti sama dengan yang lain-lain aku dah join tu."

Kamal : "Kau silap, yang ni memang lain. Dengan Advertlets iklannya memang khusus kepada pembaca blog kau bukan sahaja bergantung kepada apa yang tulis dalam blog kau tu. Tak kiralah blog kau dalam Bahasa Melayu ke, China ke atau Inggeris."

Sudin : "Eh! Macam mana pulak tu?"

Kamal : "Itulah aku dah cakap memang lain Advertlets ni sebab maklumat pembaca blog kau dikumpul melalui undian di blog kau sendiri. Kemudian mereka juga boleh memberi komen tentang undian dan iklan yang disiarkan tanpa refresh atau meninggalkan blog kau. Berdasarkan maklumat yang terkumpul ni iklan di blog kau akan lebih menepati sasaran dan kau boleh buat duit."

Sudin : "Wah! Ini macam menarik je ni, lagi....?"

Kamal : "Sebab Advertlets ni dari Malaysia tentu lebih mudah untuk mendapatkan pengiklan dari sini dan juga Advertlets menggunakan Web 2.0 / AJAX dan sesuatu yang menarik lagi pembaca boleh menukar secara bergilir-gilir iklan yang disiarkan."

Sudin : "Kamal! Kau bagi alamat web dia."

Kamal : "http://www.advertlets.com/ ..... Eh! Ko nak ke mana pulak ni?"

Sudin : "Balikla.... apa lagi nak join Advertlets la!"

Kamal : "La.. kata nak belanja aku makan. Lagipun aku tak habis cerita lagi terutama tentang RM15,000 untuk 300 blogger Malaysia. Dan juga tentang Redzuan, Daren, Jimmy Chin, Mohd Ismail, Ikhwan Nazri, Elina, Stupe, LynnXuan dan lain-lain yang dah dapat duit dari Advertlets."

Sudin : "Takpe, lain kali je aku belanja kau. Takpe semua itu biar aku baca sendiri di Advertlets, bye!"

Kamal : "Oklah tapi bila dah dapat duit tu jangan lupa belanja aku tau!"

Sudin : "Ok.. ok..."

Technorati Tags: , , , , ,

Monday, April 09, 2007

Muhammad Nazrin @ Yin

Hari ini sudah 10 hari Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau dikenali sebagai Yin berumur 5 tahun hilang di sekitar Kompleks Pasaraya SOGO yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Dia disedari hilang oleh bapanya Shamsul Ghazali Shamsudin, 34 tahun pada kira-kira jam 2 petang ketika mereka sekeluarga yang berasal dari Medan Klebang Restu, Chemor, Perak sedang membeli-belah di situ.

Yin memakai baju kemeja kelabu berkotak dan seluar jeans biru ketika hilang kemungkinan tidak diculik berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan beliau berjalan keluar sendirian. Yin kelihatan bermain di tepi tangga bergerak di dalam kompleks tersebut ketika ibubapa beliau sibuk memilih pakaian. Rakaman CCTV selama 17 minit itu menunjukkan Yin menaiki tangga bergerak dan turun dari tingkat dua ke tingkat bawah, sebelum dilihat berjalan keluar seorang diri melalui pintu keluar menghala ke Jalan Raja Laut.

“Setiap kali mahu memejamkan mata, saya tertanya-tanya di mana Yin tidur malam ini. Bila nak menyuap nasi, saya teringat sama ada anak saya dah makan ke belum... saya berharap sesiapa yang menjaga Yin... pulangkan anak saya,” kata Nur Amizah, ibu Yin yang berumur 25 tahun.

Menurut ibu Yin lagi , Yin seorang anak yang aktif tetapi tidak lancar bertutur. Yin bertutur pelat menyukarkan orang luar untuk memahaminya. Yin juga tidak pandai menjawab soalan jika ditanya. Walaupun begitu Yin amat berdikari, dia boleh memakai baju dan seluar sendiri selain pandai menjaga kebersihan diri. Dia juga berani dan tak takut orang asing

Sementara itu seorang pengarah urusan sebuah syarikat menyumbangkan RM6,000, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) RM2,000 dan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, RM2,000. Tawaran hadiah wang tunai itu bagi mana-mana pihak yang menyerahkan Yin kepada pihak polis.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin diminta menghubungi bapa Yin, Shamsul di talian 012-5090451 atau ibu Yin, Nor Amizah di 012-3749647. Anda juga boleh menghubungi Biro Aduan MCA di talian 03-21615678 atau Sivapriya di nombor 016-6962200 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Bersama-samalah kita berdoa agar Yin selamat dan segera dapat kembali kepangkuan keluarga beliau.

TERKINI : Yin Telah Dijumpai

Technorati Tags: , , , , ,