 |
Categories |
|
|
 |
Most Popular This Week |
|
|
|
 |
Most Popular This Month |
|
|
|
|
| Reviews For kisah benarku pakai gelang magnetik |
|
salam..
muhafiz sbnrnye nak share ngan korang.. muhafiz baru je beli gelang magnetik.. ala yg slalu pemain golf pakai 2.. dulu muhafiz x caye gelang ni baik ntok kesihatan,.. tapi bile terbaca paper i-kon 23 disember 06 terus tertarik..
pas tu mule lah buat homework..kaji pasal kesahihan benda ni..
tgk kat internet.. memang betul.. rupenya dah lame org pakai gelang ni.. muhafiz je yg ketinggalan.. hehe :)
kelmarin muhafiz beli satu.. dari sykt yg diiktiraf la.. takut beli yg kat tepi jalan.. biasenye x ori.. x brape nak berkesan..
pagi smlm muhafiz tebas rumput blakang umah.. malang tak berbau.. terpijak paku.. lepas tu letak minyak gamat.. petang tu kaki terhincut2 sbb skit..
teringat plak kat gelang magnetik edymium ni..
lupa nak pkai.. hehe pakai dlm 2-3 jam kaki dah x skit sgt..bleh lari lg.. hebat tul..
tulah kat utara org pggil gelang ajaib,,
sbnrnye gelang ni boleh sembuhkan byk penyakit sebab die lancarkan peredaran darah, bg oksigen kat kandungan oksigen dalam darah..etc..
muhafiz nak syorkan kat sume.. trylah.. ok pnyeeee...
org main golf dah lame pkai sbb die dah tau kelebihan gelang magnet edymium nih..
kite bile lg???
kesihatan ntok semua..
http://e-dymium.com/muhafiz
http://e-dymium.fotopages.com
kisah benarku pakai gelang magnetik
PENGUBAH JALAN CERITA HIDUP
Updated: 20/05/2007
|
| | 1 Reviews Received |
pakailah gelang magnetik tu sampai akhir hayat anda.... Rating:  Author: abu bakar din Posted:Tuesday, March 11 2008, 13:07:07 | Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan serta penampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya malahan tidak tahu mengenai hukum akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah SWT. Apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasulallah SAW:
Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasulallah SAW telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. “Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata, “Ia adalah gelang perubatan”. Rasulallah bersabda, “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.”
Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan semua umat Islam. Sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia, trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang, kemalangan dll.
Jenis-jenis gelang yang diharamkan bagi lelaki Islam :-
1) Gelang Kayu koka.
2) Gelang Kristal.
3) Gelang Tasbih.
4) Gelang Getah plastik.
5) Gelang Besi magnet.
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia).
Jenis2 gelang yang diharuskan :-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad).
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis).
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
- Ustaz Zainuddin Hashim
~ by Mistress Of Spices on 15 February 2008.
4 Responses to “HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan”
Salam semua,
Zaman sekarang ni kita boleh lihat remaja masa kini suka memakai gelang yang diperbuat dari perak (silver). Saya juga pernah memakainya sehingga saya di tegur oleh bapa saudara saya yg kebetulan pernah terbaca artikal seperti ini.
Pada mulanya saya fikir ianya adalah untuk suka2 sahaja. Kemudian saya mula sedar setelah membaca beberapa artikal yg menyentuh tentang soal ini. Kalau x silap saya, saya sudah memakainya hampir 4 thn.
Jadi mulai sekarang saya akn tidak sama sekali akan pakai gelang silver yg selama ini saya pakai. Kita menegur rakan2 yg lain agar mereka juga sedar perbuatan memakai gelang bg lelaki adalah haram melainkan 3 sebab yg tercatat pada artikal.
Sekian Wasalam
One-D said this on 21 February 2008 at 3:12 pm
One-D : terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini. tindakan yang saudara ambil itu merupakan satu langkah yang betul. walaupun dalam artikel di atas “tidak dinyatakan” tentang pemakaian gelang silver namun ia tetap haram dipakai oleh kaum lelaki Islam. semoga rakan-rakan yang lain akan mengikut cara saudara ini
Mistress Of Spices said this on 22 February 2008 at 11:27 am
assalamualaikum…
saya noraisyah.teman lelaki saya sangat gemar memakai gelang silver,seperti kata dia,lagi besar lagi bagus.saya pernah menegur yg memakai gelang adalah haram,tp dia x boleh terima kerana menganggap usia remaja hanya sekali n memakai gelang bagi lelaki adalah perkara biasa.tiada yang pelik baginya.so,ape lagi yg boleh saya lakukan untuknya?
aisyah said this on 8 March 2008 at 2:25 pm
wailaikummussalam..
noraisyah: agak sedih sekali jika kita berhadapan dengan masalah kekasih yang lebih mementingkan kehidupan remajanya. mungkin jika kita memberi teguran dia menganggap kita yang tak suka melihat dia memakai gelang. oleh itu, cara terbaik adalah dengan memberi kekasih anda nota/salinan tentang hukum hakam memakai gelang tangan. seperkara lagi, remaja lelaki lebih terpengaruh dengan rakan2 mereka. cubalah sampaikan ilmu ini kepada orang yg dekat dgn kekasih anda seperti rakan baik. Insyaallah.. semoga berjaya.
|
|
|
 |
 |
| Malaysia Kini Web Directory (C) 2005-07 |
|
| |
|